suria

Konsert Amal Karyawan Bantu Anak Yatim & Balu Artis

Barisan ahli Karyawan yang menjayakan konsert tersebut
Barisan ahli Karyawan yang menjayakan konsert tersebut
Barisan ahli Karyawan yang menjayakan konsert tersebut

PETALING JAYA: Persatuan Karyawan Malaysia akan menganjurkan sebuah konsert amal pada 9 Julai depan di Dataran Raub, Pahang.

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata, konsert tersebut bertujuan untuk mengutip derma mengisi tabung anak-anak yatim dan balu kepada tiga artis terkenal tanah air yang telah meninggal dunia iaitu Shamrin (Fotograf), Achik Spin dan Seri Bayu.

"Idea menganjurkan konsert tersebut adalah bagi membantu mangsa tanah runtuh di Hulu Langat dan balu-balu artis sempena menyambut bulan Ramadan ini.

"Ia merupakan tanggungjawab Karyawan dalam memberi bantuan kepada balu-balu artis dan anak-anak yatim yang baru sahaja ditimpa bencana.

"Kutipan tersebut akan diserahkan sepenuhnya kepada mereka pada malam konsert tersebut berlangsung," katanya pada sidang media Konsert Amal Anak-anak Yatim dan Balu Artis, di sini, Rabu.

Selain konsert yang mendapat kerjasama Majlis Daerah Raub itu, pihaknya turut mengadakan acara sukaneka pada hari yang sama.

"Pada sebelah petangnya kami akan mengadakan sukaneka bersama pengunjung manakala pada sebelah malamnya konsert amal secara percuma akan menanti penonton.

"Kami berharap orang Raub akan turun beramai-ramai menyaksikan konsert tersebut sambil memberi sumbangan ikhlas," katanya.

Antara artis yang bakal menjayakan konsert tersebut adalah Sheeda, Nas Adela, Salwa Abd Rahman, Jaafar Onn, Radhi Khalid, Salma AF dan Farah Asyikin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain