suria

Sarimah Ahmad Azam Pulih Maruah Karyawan

Sarimah Ahmad ketika berucap di majlis pelantikannya sebagai Pengerusi Kehormat Karyawan. - Foto RAYMOND OOI
Sarimah Ahmad ketika berucap di majlis pelantikannya sebagai Pengerusi Kehormat Karyawan. - Foto RAYMOND OOI
Sarimah Ahmad ketika berucap di majlis pelantikannya sebagai Pengerusi Kehormat Karyawan. - Foto RAYMOND OOI

PETALING JAYA: Pelakon veteran Datuk Sarimah Ahmad berjanji untuk memulihkan semula maruah Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) setelah beliau dilantik sebagai Pengerusi Kehormat persatuan itu.

Selain itu, dia turut mempunyai misi untuk membela nasib 27 artis veteran yang menyertai Karyawan memandangkan mereka tidak lagi menerima wang skim pencen sebanyak RM500 setiap bulan akibat kekangan kewangan persatuan itu.

“Saya bersyukur kepada Allah dengan pelantikan ini. Saya mahu membela nasib artis veteran yang sudah tujuh bulan tidak mendapat apa-apa bantuan.

“Seperti yang kita tahu sebelum ini Karyawan dilanda kekecohan. Jadi, saya akan perjuangkan semula misi Karyawan ini dan cuba melakukan perubahan,” katanya kepada mStar Online.

Biarpun begitu, Sarimah menganggap kerja yang dilakukan selepas ini lebih bersifat berkumpulan dan dia akan cuba menyumbangkan dari segi idea dan nasihat kepada setiap ahli.

Selepas ini, mereka merancang untuk melakukan sebuah pementasan The Return of Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada 26 Jun depani di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur untuk mengumpul dana skim berkenan.

Skim Pencen mula ditubuhkan Karyawan enam tahun dahulu untuk ahli-ahlinya yang terdiri daripada artis-artis veteran yang kurang berkemampuan.

Bagaimanapun, apabila persengketaan mula timbul di antara Karyawan dan Badan Hak Pelaku dan Persembahan Artis Sdn Bhd (Prism), tentang isu penyelewengan wang royalti artis yang telah disalahgunakan, skim tersebut gagal dilaksanakan kerana tiada projek yang diperoleh persatuan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain