suria

WalkWayz Bikin Klip Video 'Cinta Musnah' Di Malaysia

WalkWayz merakam klip video Cinta Musnah di Season Square, Damansara Damai. - Foto SHAARI CHE MAT
WalkWayz merakam klip video Cinta Musnah di Season Square, Damansara Damai. - Foto SHAARI CHE MAT
WalkWayz merakam klip video Cinta Musnah di Season Square, Damansara Damai. - Foto SHAARI CHE MAT

PETALING JAYA: Jarang kali mendengar mana-mana artis membuat klip video tanpa menggunakan mini DVD. Namun bagi WalkWayz tidak mendatangkan masalah apabila kumpulan ini menggunakan kamera DSLR yang biasa digunakan untuk merakam gambar.

Kumpulan berasal dari Singapura ini merakamkan klip video kedua mereka berjudul Cinta Musnah di sekitar Kuala Lumpur dan Damansara.

Sebelum ini, mereka telah merakamkan klip video untuk lagu Rentak Gegaran di Singapura.

Bagi mereka, kelainan yang ditonjolkan dalam klip video ini pastinya dari segi penggunaan kamera tetapi tidak bermakna mereka mengenepikan kualiti video tersebut.

“Kami sengaja memilih kamera ini untuk menghasilkan klip video Cinta Musnah asalkan kualiti video tersebut tidak terjejas.

“Kami percaya klip video ini akan menjadi lebih menarik dengan bantuan beberapa pihak produksi dari Malaysia,” kata pengurus kumpulan itu, Suriani di Season Square, Damansara Damai, di sini.

Klip video Cinta Musnah ini dibikin oleh pengarah dan jurukamera Azrul Bongsu dari E-One Dania Videographer manakala Anwar Jamil dari Nua Pictures sebagai jurukamera dan penyunting visual.

Menurut Azrul, mereka menggunakan dua kamera DSLR untuk menunjukkan kemampuan kamera tersebut turut boleh digunakan untuk merakam video selain gambar.

“Biasanya orang gunakan mini DVD untuk merakam video tetapi kami cuba membuat klip video menggunakan kamera DSLR bermula daripada membuat klip video perkahwinan,” ujarnya.

Klip video Cinta Musnah menceritakan tentang cinta sepasang kekasih. Bagaimanapun, wanita meminta untuk memutuskan hubungan tersebut ekoran cinta tiga segi.

Konsep klip video yang dirakamkan dalam masa sehari itu menggunakan konsep live band. Sementara peralatan dan proses suntingan dalam menghasilkan klip video ini disediakan oleh Mohamad Izwan Talha dari MI Universe Studio.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain