suria

Peminat Sanggup Dibasahi Hujan Demi Konsert Wall's Cornetto

Hujan yang turun tidak menganggu perjalanan Konsert Wall's Cornetto di Setiawangsa.
Hujan yang turun tidak menganggu perjalanan Konsert Wall's Cornetto di Setiawangsa.
Hujan yang turun tidak menganggu perjalanan Konsert Wall's Cornetto di Setiawangsa.

KUALA LUMPUR: Hujan yang turun dan guruh yang berdentum tidak menghalang penonton untuk setia menyaksikan Konsert Wall's 'Lafazkannya dengan Stail Cornetto' di Jusco Setiawangsa, Sabtu.

Antara 1,000 penonton yang hadir ke konsert selama dua jam yang menampilkan artis popular seperti Akim, Stacy, Tomok, Black, Sofazr, Tilu dan Awi Rafael itu, ada yang tidak berganjak dan sanggup dibasahi hujan dalam setengah jam sebelum hujan kembali reda.

Menurut Pengurus Pemasaran, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Chan Meng Yang, walaupun cuaca tidak menentu, setiap artis tetap memberikan persembahan bertenaga dan menakjubkan.

"Konsert ini berjaya mencapai matlamat untuk berkongsi keseronokan, persahabatan dan muzik bersama-sama sekaligus menjadi kemuncak kepada kempen pada tahun ini.

"Sambutan penonton juga agak memberangsangkan berbanding tahun lalu dan ramai peminat setia Cornetto yang memberikan sokongan," kata Chan Meng Yang.

Lagu popular yang dipersembahkan dalam konsert yang diacarakan oleh penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana dan Chad ini termasuklah Jahatnya Cinta (Akim & Stacy), Pulanglah (Awi), Ku Bukan Aku (Tilu), Dan Bila Esok (Sofazr), Bagaikan Bidadari (Tomok) dan Sofea Jane (Black).

Kempen 'Lafazkannya dengan stail Cornetto' telah berjalan selama empat bulan oleh Wall's Cornetto dengan bertujuan memperkasakan orang ramai untuk mengekspresikan perasaan mereka dengan penuh gaya.

Akim dan Stacy dilantik menjadi duta dan menjadikan lagu Jahatnya Cinta iaitu gabungan lagu Inilah Cinta (Akim) dan Jahat (Stacy) sebagai lagu tema kempen ini.

Jelajah konsert ini diteruskan di Plaza Angsana Mall, Johor Bharu, 18 Jun, pukul 2 petang melibatkan Tomok, Shahir, Awi Rafael, Sofazr, Azlan & The Typewriter, Stacy, Akim dan penyampai Hot FM.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain