suria

Shaheizy Sam Cari Idea Di Bandung

Shaheyzy Sam
Shaheyzy Sam
Shaheyzy Sam

PETALING JAYA: Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Shaheizy Sam mengambil peluang untuk bercuti ke Bandung, Indonesia bersama rakan-rakannya setelah tamat penggambaran filem Adnan Sempit 2 pada 25 Mei lalu.

Katanya, kesempatan bercuti bukan sekadar untuk berhibur, sebaliknya menggunakan masa tersebut sebagai peluang melakukan pencambahan idea.

"Saya bercuti bermula 6 Jun dan mungkin seminggu bersama rakan-rakan rapat. Bagi saya percutian ini bukan sekadar untuk berlibur tetapi melakukan brain storming.

"Pada saya peluang bersama rakan-rakan mampu untuk mencari situasi lawak yang baru, bukan senang untuk buat komedi," ujarnya.

Dalam pada itu, Sam juga memberitahu jadual kerja yang padat membuatkannya tidak berkesempatan menjalani kehidupan sosial seperti pemuda lain.

Malah menurut Sam, dia sedang mencari idea untuk merealisasikan misi baru untuk menerbitkan filem terbitan syarikat produksi kakaknya, Zizie Ezzete.

"Semua masih dalam perancangan untuk filem terbitan keluarga sendiri, Insya-Allah dalam masa percutian nanti saya akan mencari idea-idea untuk filem tersebut," ujarnya yang menjangkakan akan memulakan penggambaran November depan.

Sementara itu, ketika ditanya tentang nilai eksklusif setelah menjadi rebutan pengarah, Sam tidak menolak setiap pelakon seharunya meletakkan tahap harga tersendiri mengikut pencapaian mereka.

"Pada saya tidak salah untuk meletakkan harga pada diri sendiri jika sudah berada satu tahap tertentu, tetapi biarlah berpatutan. Industri filem kita kecil sahaja, tidak seperti negara barat," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain