suria

Astro Tawar Penjimatan 'Super Packs' Baru

Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan.
Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan.
Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan.

PETALING JAYA: Bermula 11 Julai ini, Astro akan melancarkan Super Packs yang telah direka khas bagi pakej Astro yang terbaik termasuk perkhidmatan teknologi definisi tinggi HD dan Rakaman Video Peribadi (PVR).

Para pelanggan boleh memanfaatkan perkhidmatan HD termasuk pilihan pek mini, sukan, filem, Mustika dan Astro Tayangan Hebat pada harga RM125 sambil membuat penjimatan yang hebat sehingga RM45.85.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan, Astro sentiasa menghargai para pelanggan yang sentiasa menyokong syarikat sejak penubuhannya pada tahun 1996.

“Kami beraspirasi untuk terus memberikan pengalaman terbaru yang tiada bandingannya kepada penonton. Selama bertahun lamanya, Astro telah membuat pelaburan bagi terus memperluaskan pilihan kandungan pilihan kandungan serta memenuhi keperluan penonton mengikut kemampuan mereka.

“Sehingga hari ini, para pelanggan mempunyai pilihan 146 buah saluran pelbagai bahasa dan genre program antarabangsa mahupun tempatan termasuk acara sukan global dan tempatan terbaik, 24 jam sehari,” kata Henry dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Astro juga terus komited mengekalkan harga bagi Pek Famili pada harga RM37.95 sebulan untuk akses ke 38 buah saluran.

Bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, sesetengah pelanggan mungkin akan mengalami kenaikan harga sekitar RM1 hingga RM15 sebulan serta penjimatan daripada RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam yuran langganan mereka.

Selain itu, Astro bakal menawarkan lebih banyak program dalam HD seperti Rugby World Cup 2011, London Olympics 2012, Barclays Premier League, EURO 2012, Discovery World HD, Sundance HD, Salih Yaacob…I Follow, MasterChef Malaysia, Ustazah Pilihan dan Tutor TV.

Turut diperkenalkan PVR dan Rakaman Jarak Jauh yang membolehkan pelanggan merakam program kegemaran dengan hanya menggunakan telefon bimbit walau di mana berada.

Sila layari laman sesawang www.astro.com.my/mypackages atau emel ke [email protected] untuk mengetahui maklumat lanjut tentang harga yuran langganan baru serta pakej yang ditawarkan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain