PENYANYI lagu Baby, Justin Bieber dan kekasihnya Selena Gomez yang sebelum ini menyembunyikan hubungan percintaan mereka akhirnya dihidu oleh media.Malah hubungan tersebut dikatakan semakin mejadi-jadi ketika pasangan selebriti ini bercuti di Pantai Muai. Mereka dikhabarkan tidak boleh dipisahkan lagi dan sentiasa menunjukkan rasa cinta masing-masing. Pasangan ini tinggal di sebuah suite mewah di Four Seasons Hotel yang mempunyai tiga bilik tidur dalam satu ruangan.Dikhabarkan, ketika bermain di pesisiran pantai tersebut Justin dan Selena tidak henti-henti berciuman tanpa menghiraukan aksi tersebut diperhatikan pengunjung pantai.Selain menghabiskan hari mereka di pantai, pasangan yang sedang mabuk cinta ini dilihat berjalan-jalan dan berpegangan tangan.