suria

Rumah Tangga Cut Tari Mula Bergoyang

JAKARTA: Selepas sunyap dengan isu video lucahnya dengan Ariel (Peterpan), kini rumah tangga Cut Tari dan Johannes Yusuf Subrata pula dikatakan bergoyang.

Malah beberapa sumber memberitahu, pasangan ini sudah tidak tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu.

Seperti dipetik kompas.com, Cut Tari dilaporkan sering ke beberapa majlis secara bersendirian tanpa ditemani suaminya seperti sebelum ini.

Sementara itu, kediamannya di Jl Pondok Kelapa 12, Jakarta Timur, seperti tidak berpenghuni lagi.

"Yusuf sudah jarang pulang ke sini dan anak mereka juga sudah tidak kelihatan bermain di halaman rumah seperti biasa," ujar jiran tetangganya.

Sebelum ini, Yusuf kelihatan sangat sabar menghadapi kes video porno yang menimpa isterinya. Dia juga mengaku masih mempercayai isterinya itu.

Kini khabar angin memberitahu, Yusuf tinggal bersama puteri sulungnya di kawasan Kemang, Jakarta Selatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain