suria

Pink Berang Dengan Selena Gomez

Pink
Pink
Pink

PENYANYI Pink berang dengan tindakan Selena Gomez yang mewarnakan badan seekor kuda putih kepada warna merah jambu untuk penggambaran klip video lagu I Love You Like A Love di Pantai Malibu.

Dalam klip video tersebut, kuda yang dicat merah jambu itumenemani kekasih Justin Bieber itu berjalan di tepi pantai.

Bagaimanapun, Pink tidak berpuas hati dengan Selena yang tidak prihatin dengan kuda tersebut dan berkata Selena seorang yang tidak berperikemanusiaan di akaun Twitter miliknya.

"Ia merupakan sebuah klip video yang bodoh apabila mempermainkan seekor kuda> Para penggiat seni harus peka tentang hal itu," katanya dalam Twitter tersebut.

Tambah Pink, dia tidak kisah sekiranya peminat dia mahupun Selena memarahinya atas tindakan menulis hal berkenaan di Twitter.

"Saya harap para selebriti lebih peka dan sila berhenti daripada menyiksakan binatang itu. ia satu perkara yang sangat memalukan buat selebriti popular seperti kamu," tuturnyanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain