suria

Eizlan Yusof Curang Dengan Isteri Dalam 'Air Mata Buaya'

PETALING JAYA: Dalam diam pelakon Abby Abadi bermusuh dengan Eira Syazira gara-gara berebutkan seorang lelaki, Eizlan Yusof menerusi drama terbaru Air Mata Buaya.

Drama tersebut bakal mengisi slot Panggung Ahad akan disiarkan pada 29 Mei 2011, jam 10.00 pagi di TV1.

Mengisahkan tentang Jai yang mudah jatuh cinta dengan wanita yang berada di sekelilingnya walaupun sudah beristeri membuatkan ibunya, Ainon pening.

Isterinya, Shira, pula sering terasa hati dengan perilaku suaminya itu.

Walaupun Shira berjaya mengesan perlakuan Jai yang mempunyai hubungan dengan wanita lain, suaminya akan meminta maaf sehingga berlingan air matanya.

Dek kerana melihat kesungguhan suaminya yang kononnya sudah insaf, Shira memaafkan Jai.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari, Jai akan kembali dengan kelakuan buruknya itu sehingga membuatkan kesabaran Shira memuncak.

Perkahwinan yang dibina selama 11 tahun bersama mula rapuh kerana Shira tidak lagi mempercayai kata-kata manis suaminya itu lebih-lebih lagi mendapat tahu jai pernah mempunyai seramai 20 kekasih gelap tanpa dia sedar.

Shira membuat keputusan meninggalkan Jai bagi menenangkan hatinya dan ibu Jai juga turut berpakat untuk mengenakan anaknya itu.

Bagaimanapun, Jai cuba mengubah kelakuan buruknya itu demi kebahagian anak-anak serta isterinya itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain