suria

Perempuan Simpanan Arnold Schwarzengger Tonjol Diri

Arnold Schwarzengger
Arnold Schwarzengger
Arnold Schwarzengger

KERETAKAN rumah tangga pelakon Arnold Schwarzengger dengan isterinya, Maria Shriver ternyata mengejutkan ramai pihak.

Lebih mengejutkan apabila seorang wanita bernama Gigi Goyette, 52, muncul dan mengaku dirinya merupakah salah seorang daripada perempuan simpanan Arnold.

Bagaimanapun, aktor berusia 63 tahun itu menyangkal tuduhan tersebut.

Gigi berkata, bukan dia sahaja yang Arnold miliki, bahkan seramai 13 wanita sudah pun mengaku bahawa mereka pernah berfoya-foya dengan aktor itu.

"Saya bertemu dengan Arnold ketika berusia 16 tahun dan waktu itu saya merupakan seorang aktres muda yang berlakon dalam drama Little House On The Prairie.

"Kami juga pernah tidur bersama pada tahun yang sama kami bertemu. Bagaimanapun, kami tidak berjumpa selepas itu sehinggalah pada tahun 1989 saya dan dia mempunyai hubungan sulit selepas tiga tahun perkahwinannya dengan Maria," kata sumber kepada dailymail.co.uk.

Kata Gigi, dia yakin, dia bukanlah punca penceraian Arnold dan Maria.

"Maria seorang wanita ynag sangat baik. rasanya seorang wanita yang baik lebih suka mengabaikan apa yang telah berlaku terhadap suaminya demi keluarga," ujar Gigi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain