suria

Separuh Akhir Pertama Mentor 5: Pemilihan Lagu Kurang Tepat

Ramli MS
Ramli MS
Ramli MS

SHAH ALAM: Pengkritik tetap Mentor 5, Datuk Ramli MS menganggap pilihan lagu yang kurang sesuai menyebabkan persembahan pada malam Separuh Akhir Pertama Mentor 5 kurang menyengat.

Tambahnya, lagu-lagu yang dipilih tidak menampakkan usaha protege untuk menjadikan lagu tersebut kepada lebih baik.

"Sudah masuk separuh akhir jadi bagi saya tidak ada lagi komen tentang vokal seperti minggu-minggu sebelum ini.

"Cuma pemilihan lagu kurang sesuai dan terdapat masalah teknikal terhadap muzik dan suara mereka yang kurang sesuai," katanya pada sidang media Separuh Akhir Pertama Mentor 5, di Dewan MBSA, Ahad.

Tambahnya, tahap ini mentor seharusnya mengemaskan lagi nyanyian protege mereka untuk bersedia bersaing di bidang ini.

"Pada tahap ini, tugas mentor adalah menjaga dan mengemaskan cara nyanyian protege mereka untuk bersedia menjadi penyanyi.

"Saya hanya memberi nasihat dan pandangan untuk masa depan mereka selepas keluar dari pertandingan ini," katanya.

Pada malam pertandingan tersebut keempat-empat protege telah menyanyikan sebuah lagu solo dan duet bersama protege mereka.

Salma protege Erra Fazira menyanyikan lagu Sedalam Mana Cintamu, manakala duet Penipu. Manakala Shiha protege Datuk Sharifah Aini menyanyikan lagu Memori Tercipta dan duet Sabar Menanti/ Hapuslah Air Matamu.

Sementara Iqa protege Edry Abdul Halim menyanyikan lagu Khatimah Cinta dan lagu duet Kitalah Bintang. Protege Afdlin Shauki, Ratnah membawa lagu Seksis dan duet Sudah Kawinkah Belum/ Inikah Namanya Cinta.

Markah keseluruhan yang akan menentukan kelayakkan mereka ke peringkat akhir akan diumumkan pada Separuh Akhir Kedua yang akan berlangsung minggu hadapan.

Artikel Berikut

AF9: Kay Tersingkir

Artikel Lain