suria

Nama Mariah Carey Tercalar Gara-Gara Alkohol Dan Dadah

Nick Cannon dan Mariah Carey
Nick Cannon dan Mariah Carey
Nick Cannon dan Mariah Carey

BARU sahaja melahirkan anak pada 30 April lalu, nama penyanyi Mariah Carey tercalar apabila dia dilaporkan mengambil alkohol dan dadah ketika berada di hospital.

Rentetan hal itu, pihak Agensi Perlindungan Kanak-kanak dan Keluarga sedang menyiasat tentang kegiatan Mariah untuk mengesahkan tentang khabar angin tersebut.

Bagaimanapun, suami Mariah, Nick Cannon membuat penjelasan bahawa isterinya tidak mungkin mengambil alkohol dan dadah lebih-lebih lagi di hospital.

"Baru-baru ini, pihak perlindungan kanak-kanak telah dipanggil ke hospital untuk membuat siasatan dimana terdapat pesakit mengambil alkohol dan dadah.

"Pada pendapat saya, hal itu adalah satu perkara yang tidak logik dan macam mana pihak hospital boleh membenarkannya?

"Disebabkan hal itu, nama Mariah turut tercalar sedangkan dia tidak mengambil kedua-dua benda itu," tegas Nick.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain