suria

Lindsay Lohan Dikenakan Tahanan Dalam Rumah

Lindsay Lohan
Lindsay Lohan
Lindsay Lohan

SELEPAS melalui perbicaraan yang penuh dengan kontroversi, akhirnya aktres terkenal, Lindsay Lohan didapati bersalah atas kesalahan mencuri seutas rantai dari sebuah kedai emas tahun lalu.

Namun nasib bintang berusia 24 tahun itu baik apabila dia hanya dikenakan tindakan tahanan di rumah dan tidak akan dipenjarakan kerana keadaan penjara yang penuh dengan banduan.

Lindsay yang tidak hadir pada prosiding itu akan dikenakan tahanan di rumah mewahnya selama 120 hari dan dilarang meninggalkan rumah.

Bagaimanapun Lindsay mungkin akan menjalani tahanan hanya 14 hari jika berkelakuan baik.

Bintang filem Mean Girls itu juga diperintah untuk menjauhi kedai emas Kamofie & Company yang terletak di Venice Beach, California, Amerika Syarikat ketika dia didapati mencuri seutas rantai bernilai kira-kira RM7,500 (AS$2,500).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain