Najib Setuju Ke Udara Di Hot FM Jumaat Ini - Hiburan | mStar

Najib Setuju Ke Udara Di Hot FM Jumaat Ini

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat terus menggunakan pelbagai medium bagi mendekati rakyat Malaysia dan terkini akan ke udara melalui saluran radio, Hot FM, pada Jumaat ini.

"Saya akan muncul di Hot FM Jumaat ini dari 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Terima kasih kerana mendorong saya untuk melakukannya," kata Perdana Menteri di laman Twitternya.

Kemunculan Perdana Menteri adalah hasil jemputan penyampai radio, Fara Fauzana, yang sebelum ini mengakui di laman twitternya bahawa ia merupakan idea "gila" beliau.

"Terbaik. Dapat good news. My crazy idea nak ajak PM datang Hot FM menjadi," kata penyampai popular itu.

Pengendali akaun twitter Hot FM pula gembira dengan persetujuan Najib dengan mesej : "Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Jutaan terima kasih kami ucapkan."

Hot FM bersiaran di frekuensi 97.6. Persetujuan Perdana Menteri itu turut mendapat respon positif daripada rakan Twitternya.

Pemegang akaun twitter bernama Effa menulis : "Inilah satu peluang hebat kepada seluruh Malaysia kerana Datuk Seri muncul di radio. Tak sabar menunggu."

Seorang lagi yang bernama Kipso pula menyatakan beliau juga tertunggu-tunggu untuk mendengar apa yang akan dikatakan semasa siaran itu.

Najib turut membalas beberapa mesej daripada rakan twitternya termasuk shahariL_izhar dan blakflowering, dengan mesej: "Saya perlu mendekati rakyat menerusi cara-cara baru."

Kepada sokongan daripada EmiSakuragi, Perdana Menteri membalas: "Terima kasih, sekadar mencuba cara baru yang menarik untuk berkomunikasi dengan rakyat."

Terdapat juga yang kecewa kerana mungkin tidak dapat mendengar Najib ke udara kelak, antara LizClim yang menyatakan: "Agak malang. Pagi sangat. Saya harus ke kolej. Bergembiralah." -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain