MENUNGGU kelahiran anak pertama, Penyanyi Mariah Carey dikhabarkan menikmati hiburan secara mewah.Bagaimanapun, penyanyi lagu Hero ini dikatakan berhibur bersama sahabat-sahabatnya tanpa ditemani suami tercinta, Nick Cannon. Dia memilih sebuah resort mewah Terranea di Palos Vardes, California untuk melihat ikan lumba-lumba iaitu binatang yang paling digemarinya."Saya suka laut dan ikan lumba-lumba, tapi saya tidak pernah bermimpi untuk melihat ikan lumba-lumbar liar sepanjang hari seperti ini," katanya seperti dipetik Showbizspy.com.Selain itu, Mariah mengakui pemandangan resort tersebut sangat menawan dan tidak akan dilupakan."Pemandangan begitu indah hingga tidak terlukiskan keindahannya," katanya.