suria

Kejutan Baru Pelik Lady Gaga

Lady Gaga
Lady Gaga
Lady Gaga

SEKALI lagi penyanyi Lady Gaga membuat kejutan dengan imej peliknya dan membuatkan orang ramai tercengang apabila membuat penampilan luar biasanya.

Dia muncul dengan kedua-dua belah pipinya bertanduk serta imej seolah-olah memiliki lima payu dara.

Penampilan 'gila' tersebut dibuat khas untuk majalah Harper's Bazaar dengan berpenampilan manis di mana badannya dipenuhi biskut warna warni dan pada masa yang sama menunjukkan tubuhnya dengan gaya pelik.

Selain penampilan yang agak 'hebat' ini, Gaga sengaja membuat pengakuan 'luar biasa' dengan mengatakan perubahan pada tubuhnya itu dalam majalah tersebut sememangnya wujud.

"Sebenarnya, tanduk ini bukannya implan, sebalik ia adalah tulang saya yang sebenar.

"Sebelum ini ia tidak ditunjukkan kepada sesiapa dan kini tibalah masanya tulang itu muncul buat tatapan semua," kata Gaga kepada laman web dlisted.com.

Bagaimanapun, tambah penyanyi yang popular dengan lagu Born This Way ini, dia tidak akan sekali-kali membuat pembedahan plastik semata-mata mahu kelihatan unik dan pelik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Astro B.yond IPTV Dilancar

Artikel Lain