suria

Rain Lakon Watak Juruterbang Dalam 'Red Muffler'

AKTOR berasal dari Seoul, Korea, Jung Ji-hoon (Rain), 28, (gambar) melakonkan watak seorang juruterbang dalam penggambaran filem terbarunya berjudul Red Muffler, yang dibikin semula buat kali kedua.

Filem yang pernah diterbitkan pada tahun 1964 itu bercerita tentang persahabatan antara juruterbang pesawat tempur.

"Hari ini, hari penuh seragam. Rasanya seperti baru kelmarin kami memulakan penggambaran filem, kami telah jalani penggambaran terlalu banyak!," tulis Rain di akaun Twitter-nya @29Rain, seperti yang dipetik dari 10 Asia, Jumaat lalu.

Dalam filem itu pelakon filem Ninja Asassin ini bergandingan dengan aktres Sin Se-gyeong dan aktor Kim Sung-soo juga Lee Jong-suk.

Sebelum ini, Rain pernah menyiarkan gambar dirinya berdiri di samping pesawat bersama Lee Jong-suk.

Artikel Lain