suria

Rosnan Rahman Bersedia Pentaskan 'Rebab Berbisik' Malam Ini

Rosnan Rahman
Rosnan Rahman
Rosnan Rahman

PETALING JAYA: Pelakon teater Rosnan Rahman mengakui sudah bersedia mental dan fizikal untuk mementaskan teater monodrama berjudul Rebab Berbisik di Lambang Sari, Istana Budaya bermula 8 hingga 11 April ini.

Menurut Rosnan, teater yang kali pertama dipentaskan di Istana Budaya ini membuatkannya lebih teruja untuk membuat persediaan yang secukupnya.

"Rebab Berbisik sudah lapan kali dipentaskan namun bukan di Istana Budaya tetapi ketika siri jelajah. Namun kali ini ia lebih istimewa kerana dipentas di tempat berprestij.

"Oleh itu, saya sudah buat persiapan dengan rapi seawal sebulan yang lalu terutamanya dari segi latihan stamina," katanya kerika dihubungi mStar Online.

Rosnan juga memberitahu apa yang lebih penting ialah latihan dari segi sebutan agar penonton yang menonton tetaer tersebut faham dengan apa yang cuba disampaikan.

"Pada saya yang penting ialah dari segi sebutan kerana saya tidak mahu penonton yang datang keliru dan tidak faham dengan dialog disampaikan.

"Saya mahu semangat dan tenaga yang cuba saya samapikan ini dirasai oleh penonton pada malam tersebut.

"Justeru latihan suara dan pernafasan merupakan salah satu aspek penting yang saya tekankan," ujarnya.

Rosnan yang memegang empat watak dalam teater tersebut turut mengakui cabaran utamanya adalah setiap kali menukar watak-watak itu.

"Dalam teater monodrama ini saya akan membawa empat watak iaitu sebagai Pak Samat, Isteri (Mak Yong) dan dua anak lelakinya.

"Jadi setiap watak itu perlu dilakonkan secara berbeza. Itu adalah caran utama ketika transisi dari satu watak kepada satu watak yang lain agar penonton tidak berasa keliru," ujar Rosnan.

Dalam pada itu, Rosnan memberitahu sambutan terhadap penjualan tiket agak memberangsangkan, mereka juga memberi harga istimewa kepada pelajar sekolah bagi mengalakkan lebih ramai pelajar sekolah datang penonton teater tersebut.

"Saya yakin Rebab Berbisik mempunyai peminat tersendiri. Manakala kami juga mengalakkan pelajar sekolah untuk datang menonton.

"Tiket berharga RM22 dan 42 ditawarkan kepada pelajar-pelajar sekolah.

Teater hasil karya dan arahan Rahimidin Zahari ini juga bakal membolehkan sumbangan daripada hasil kutipan diberikan kepada empat tokoh penggiat Mak Yong iaitu Hanimah Hussin, Dollah Daud, Tuan Kecik Tuan Yeh dan Ibrahim Senik.

Artikel Lain