suria

20 Lagu Terkini Dalam POWER HITS 2011

ALBUM: Power Hits 2011 ARTIS: Variasi artis EDARAN: Univeral Music Malaysia

ARTIS: Variasi artis

ALBUM Power Hits 2011 yang menampilkan 20 lagu antarabangsa popular ini mungkin jawapan kepada anda yang mencari-cari sebuah album yang mengandungi pelbagai lagu rancak dan terkini.

Album kompilasi edaran Universal Music Malaysia ini menampilkan lagu-lagu popular di carta-carta radio antaranya Black Eyed Peas - The Time (Dirty Bit), Rihanna – Only Girl (In the World), Far East Movement featuring The Cataracs & DEV - Like A G6, Nelly - Just A Dream, Justin Bieber - Pray, Akon - Angel, Lady Gaga - Alejandro, Ne-Yo - One In A Million dan banyak lagi.

Berbaloi atau tidak memiliki album ini, jawapannya adalah ya kerana Power Hits 2011 memuatkan susunan 20 lagu yang mampu mengekalkan momentum pendengaran anda tanpa perlu melangkaui trek.

Satu pengalaman yang boleh dikongsikan adalah ia akan membuatkan anda hendak menari dan menggoyangkan kepala apabila mendengarkan satu persatu lagu yang dihidangkan.

Jadi, tidak rugi sekiranya anda memiliki album ini kerana ia pasti membuatkan anda akan teruja dengan lagu-lagu yang terdapat dalam album tersebut.

Dapatkan cakera padat percuma

Bersempena keluaran album terbaru ini, Universal Music Malaysia ingin memberikan cakera padat (CD) album Power Hits 2011 kepada para pembaca Mingguan mStar yang bertuah secara percuma.

Caranya mudah, anda hanya perlu menjadi 10 pemanggil pertama yang menghubungi kami di talian 03-7967-1388 sambungan 1872 pada esok, (Isnin, 4 April). Talian hanya akan dibuka selama sejam iaitu dari pukul 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Dengan menyebut kata kunci Power Hits 2011, album berkenaan akan menjadi milik anda. Senang saja.

Jangan lupa catatkan tarikh tersebut di kalendar anda dan jangan lepaskan peluang ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Amy Search Terajui AF9

Artikel Lain