suria

Robert Pattinson Takut Dengan Kuda

NAMPAKNYA, aktor Robert Pattinson (gambar) tidak mungkin memegang watak cow boy apabila dia membuat pengakuan bahawa dirinya agak fobia untuk mendekati seekor kuda.

Ketakutan itu berpunca gara-gara dia pernah dikejar dan ditendang kuda ketika melakukan penggambaran sebuah filem.

"Saya pernah ditendang oleh seekor kuda jantan dan ia benar-benar menakutkan. Walaupun kejadian itu merupakan pengalaman pertama saya, ia memberikan kesan trauma sehinggakan saya nekad untuk tidak berada dekat dengan binatang itu lagi," katanya.

Pattinson kini sedang sibuk dengan penggambaran filem Water For Elephant bersama aktres Reese Witherspoon.

Kata pelakon kegilaan ramai ini, dia gembira filem yang dilakonkan itu tidak mempunyai babak yang membabitkan dirinya dengan kuda.

"Saya gembira kerana tidak ada babak bersama kuda dalam filem ini. Lagipun saya bukanlah seorang yang pandai menunggang kuda," tuturnya.

Artikel Berikut

Artikel Lain