suria

Robert Pattinson Rimas Dengan Kanta Lekap ‘Twilight’

Robert Pattinson
Robert Pattinson
Robert Pattinson

WASHINGTON: Bintang filem Twilight, Robert Pattinson mendedahkan perasaan bencinya terhadap kanta lekap yang terpaksa dipakai sejak terlibat dalam filem itu.

Dalam satu laporan, aktor itu dikatakan ingin membuang kanta tersebut sejauh yang mungkin sebaik sahaja penggambaran filem francais itu berakhir kelak.

Sejak Pattinson mula menggalas watak pontianak Edward Cullen, dia terpaksa menggunakan kanta lekap yang berwarna itu setiap hari.

Lebih memburukkan keadaan, dia terpaksa menggunakan bantuan jurumekap setiap kali hendak melekatkan kanta tersebut di matanya.

"Setiap kali hendak memulakan penggambaran, setiap orang terlibat dalam proses memasang kanta lekap itu kerana saya tidak boleh melakukannya sendiri.

"Dua orang jurumekap terpaksa memegang saya untuk memasang kanta tersebut. Ia adalah sesuatu yang memalukan kerana proses yang sama berulang setiap hari," katanya yang dipetik contactmusic.com.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain