suria

Krisdayanti Tempah 25 Bilik Hotel Menjelang Hari Nikah

JAKARTA: Demi menyenangkan upacara pernikahannya, penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti (KD) (gambar) menempah 25 bilik di Hotel Sahid Jaya untuk menempatkan keluarga pengantin.

"Insya-Allah terdapat 25 bilik yang disediakan untuk keluarga Krisdayanti dan Raul," ujar salah seorang sumber yang dikenali sebagai H Usman, Jumaat.

Akad nikah KD dan Raul akan dilaksanakan pada 20 Mac ini di Masjid Sahid Nurul Iman, Hotel Sahid, Jakarta.

Menjelang hari pernikahan, KD mengadakan majlis khatam al-Quran di kediamannya di kawasan Radio Dalam, Jakarta Selatan, Jumaat.

Majlis tersebut dihadiri teman-teman KD dari kalangan artis termasuk penyanyi dangdut Iis Dahlia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain