suria

Lindsay Lohan Ditawarkan Hukuman Penjara 60 Hingga 90 Hari

Lindsay Lohan
Lindsay Lohan
Lindsay Lohan

WASHINTON: Hakim yang mendengar kes kecurian barangan perhiasan melibatkan bintang Lindsay Lohan menawarkan artis itu hukuman penjara di antara 60 hingga 90 hari sekiranya dia mengaku bersalah.

Keith Schwartz menawarkan hukuman itu sekiranya Lohan bersepakat dan bersetuju untuk mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Bagaimanapun bintang Mean Girls itu dikatakan enggan memenuhi cadangan tersebut sebaliknya memohon pertimbangan mahkamah agar memberi peluang terhadapnya.

"Jika Lohan tidak bersetuju dengan cadangan itu dan dia didapati bersalah, dia tidak akan dihantar ke penjara negeri sebaliknya akan dimasukkan ke penjara negara,” menurut sumber sepertii dilaporkan portal NewKerala.com.

Pihak peguam akan mendapatkan bukti sekiranya juri mendapati dia bersalah.

Lohan dilaporkan akan ditahan di penjara untuk beberapa waktu jika pihak mahkamah membuat keputusan penangguhan.

“Dia mungkin akan berada dipenjara walaupun belum pasti dia bersalah sementara tempoh penangguhan.

“Jika dia tidak menerima kata sepakat mengenai tawaran hukuman itu dan mahu terus dibicarakan, dia mungkin akan dibebaskan dengan bersyarat tetapi adakah dia akan terlepas daripada tuduhan mencuri itu?

“Lohan sepatutnya menerima cadangan itu kerana ia turut mengambil kira jumlah masa yang munasabah untuk dia berada dalam jail,” kata sumber.

Pelakon tersebut harus memaklumkan kepada hakim Schwartz pada 23 Mac ini jika dia menerima rundingan berkenaan untuk membolehkan mahkamah membuat keputusan dua hari selepas itu.

Bagaimanapun sekiranya dia enggan dengan tawaran tersebut, pihak mahkamah akan memindahkan kes berkenaan kepada hakim Sautner yang akan bersidang pada 21 April depan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain