suria

Lady Gaga Cipta Gelang Bantu Mangsa Tsunami Jepun

Gelang yang direka khas untuk kutipan dana mangsa Tsunami
Gelang yang direka khas untuk kutipan dana mangsa Tsunami
Gelang yang direka khas untuk kutipan dana mangsa Tsunami

PENYANYI Lady Gaga turut menzahirkan rasa prihatin dengan musibah tsunami yang menimpa Jepun.

Dia mempunyai cara tersendiri untuk membantu mangsa bencana alam tersebut dengan mereka gelang doa untuk dijual.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Gaga dalam akaun Twitter peribadinya. Gaga turut memberikan gambar gelang yang siap direkanya.

"Saya suda mereka gelang doa untuk kutipan tabung derma kepada mangsa tsunami di Jepun. Beli dan hasil wang tersebut akan disalurkan kesemuanya kepada mangsa," tulisnya.

Gelang tersebut berwarna putih dengan tulisan 'We Pray For Japan," dan ia dijual dengan harga RM 20 secara online. Seleruh hasil tersebut akan disalurkan ke tabung derma tsunami di Jepun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain