suria

'Tiada Niat Malukan Norish & Farahdhiya' - Deja Moss

Deja Moss
Deja Moss
Deja Moss

PETALING JAYA: Pelakon Deja Moss menjelaskan dia tidak berniat untuk melukai hati sesiapa berikutan insiden pemberian bunga ketika tamat pementasan Terima Kasih Cinta (TKC) minggu lalu.

Deja berkata, 10 jambangan bunga yang dibelinya bersama pelakon Safura itu adalah untuk individu yang amat mereka hormati dalam pementasan terbabit.

“Saya dan Safura merancang membeli bunga itu untuk rakan-rakan yang kami hormati dan baik dengan kami. Tiada niat untuk memalukan sesiapa pun. Saya terkejut isu bunga ini boleh jadi satu isu besar,” kata Deja Moss.

Dalam mStar Online Rabu lalu pelakon Farahdhiya menegur Deja Moss dengan mendakwa penyanyi itu biadab kerana cuba memalukan dia dengan Norish Karman apabila tidak memberikan bunga kepada mereka.

Farahdhiya turut mendakwa ketika kejadian, pelakon Shajiri dan Tony Yusof telah menyerahkan bunga berkenaan kepada dia dan Norish tanpa mengetahui bunga itu bukan milik mereka berdua.

Deja memberitahu dia menghormati kawan-kawan yang baik dengannya dan sebab itulah jambangan bunga itu diberikan kepada mereka dan langsung tidak terfikir mengenai dua artis tersebut.

“Mereka (Norish dan Farahdhiya) pun ada mendapat bunga sebelum ini tapi tiada sesiapa pun yang berasa hati. Jadi, semasa merancang hendak membeli bunga, saya tidak teringat langsung kepada mereka berdua,” kata Deja.

Ditanya apa perasaannya apabila dituduh sebagai artis yang biadab, Deja berkata perkara tersebut satu lumrah dalam kehidupan artis.

Malah Deja sendiri tidak kisah jika ada sesiapa hendak menuduhnya dengan melemparkan perkataan kesat dan bukan-bukan kerana niatnya tidak mahu bergaduh dengan sesiapa.

Tambahnya, sebelum pementasan itu berakhir, dia telah memohon maaf daripada semua krew dan pelakon kerana bimbang jika ada mana-mana pihak yang tersinggung sepanjang pementasan itu berlangsung.

Artikel Sebelum

Artikel Lain