suria

Hafiz Tidak Cemburu Populariti Shahir, Akim

Hafiz
Hafiz
Hafiz

PETALING JAYA: Juara Akademi Fantasia musim ketujuh, Hafiz mengakui tidak menyimpan perasaan cemburu terhadap rakan seperjuanganya dari program realiti tersebut yang lebih mendapat perhatian.

Kata Hafiz, popular atau tidak mereka sebenarnya mempunyai strategi sendiri untuk menempatkan diri dalam industri ini.

“Saya tidak cemburu dengan populariti mereka, ya Akim lebih mendapat banyak tawaran iklan kormersial, Aril pula popular sebagai pengacara.

"Manakala Shahir berpeluang berlakon dalam filem terbitan KRU tidak lama lagi.

“Tapi saya juga ada strategi tersendiri, saya lebih fokus kepada bidang nyanyian berbanding bidang lain,” katanya ketika ditemui di Majlis Pengumuman Pengacara Akademi Fantasia musim kesembilan, Isnin.

Tambah Hafiz, selepas memenangi tempat kedua dalam Anugerah Juara Lagu 25 melalui lagu Noktah Cinta, dia kini sibuk mempromosi single kedua berjudul Awan Nano.

“Saya ada fokus dan strategi sendiri, biarpun tidak dikenali dengan kontroversi atau lakonan tapi saya mahu dikenali dengan produk yang berkualiti.

“Selepas lagu ciptaan Ajai itu menjadi naib juara AJL25, saya akan mempertaruhkan lagu ciptaan komposer terkenal M.Nasir iaitu Awan Nano yang kini sedang diputarkan di radio,” katanya.

Bercerita tentang Akademi Fantasia yang bakal berakhir pada tahun ini, Hafiz memberitahu agak sedih terutama keluarganya yang juga pengikut program tersebut sejak lapan tahun yang lalu.

“Saya sedih sebab program ini sudah berakhir, keluarga saya sudah tentu merasainya kerana mereka merupakan antara penyokong setia Akademi Fantasia sejak musim pertama lagi," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain