suria

Lindsay Lohan Bergambar Seksi Untuk Buku Fotografi

Lindsay Lohan
Lindsay Lohan
Lindsay Lohan

PENYANYI Lindsay Lohan sedang berusaha untuk membersihkan imej yang tercalar apabila dikaitkan dengan pengaruh alkohol, dadah dan sebagai artis yang bermasalah.

Baru-baru ini, Lohan yang baru sahaja menjalani rawatan pemulihan dikatakan sudah menandatangani kontrak untuk bergambar seksi bagi sebuah buku fotografi.

Seorang jurugambar Amerika Syarikat, Terry Richardson memberitahu bahawa Lindsay ingin memulakan kerjayanya dengan buku fotografi tersebut.

"Lindsay sedang berjuang untuk mendapatkan pekerjaan di Hollywood. Dia juga bertekad untuk membuat perubahan dalam hidupnya dan dimulai dengan buku fotografi ini,

"Terry juga telah memujuk Lindsay dan James untuk terlibat," ujar sumber seperti dipetik Showbiz Spy, Selasa.

Buku fotografi tersebut disasarkan akan menggalakkan populariti buku fotografi Madonna pada tahun 1992 lalu.

Artikel Berikut

Artikel Lain