suria

Rosie Enggan Dibandingkan Dengan Megan Fox

MODEL pakaian dalam Rosie Huntington-Whiteley enggan dibandingkan dengan pelakon Megan Fox (gambar) setelah menggantikan tempat Megan Fox sebagai bintang utama dalam filem terbaru Transformers.

Kekasih pelakon Jason Statham itu mengaku tidak mengetahui Megan Fox tidak akan tampil lagi dalam filem itu.

Saat itu, dia hanya mendapat tawaran untuk melakonkan karakter jahat dalam filem Transformers: Dark of the Moon.

"Saat uji bakat, saya tidak tahu mereka mencari pelakon utama," ujar model bermata biru itu.

Rosie juga tidak pernah menyangka akan menjadi bintang utama filem arahan Michael Bay itu. Sehingga kini, dia masih tidak percaya boleh berlakon di samping Shia LaBeouf.

Dalam Transformers: Dark of the Moon, Rosie akan melakonkan watak Carly, kekasih baru Sam Witwicky. Filem tersebut bakal ditayangkan di pawagam pada Julai tahun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain