suria

Hubungan Brad Pitt-Angelina Jolie Tegang Gara-gara Duit

HUBUNGAN pasangan pelakon Hollywood terkenal, Brad Pitt (gambar) dan Angelina Jolie (gambar) dikhabarkan sedang tegang gara-gara duit.

Pitt dikatakan terlalu marah kerana Jolie terlalu boros berbelanja.

"Sekarang hubungan Brad dan Angelina sedang tegang," ujar seorang sumber kepada Showbiz Spy, Jumaat lalu.

Sumber tersebut berkata Pitt meminta supaya Jolie mula mengurangkan pengeluaran duit. Bahkan, baru-baru ini bintang 'Inglourious Basterds' itu memecat beberapa pekerjanya.

"Pendapatan mereka melebihi RM758 juta, namun pengeluaran mereka boleh melebihi daripada itu," kata sumber itu lagi.

Permintaan Pitt itu membuatkan Jolie tersinggung. Bintang filem 'The Tourist' itu menganggap pasangan hidupnya itu terlalu egois.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain