suria

'Sejuta Impian' Penuhi Impian Rakyat Malaysia

Sesi Soal Jawab Sejuta Impian Bersama Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, Penerbit Rancangan Sunil Kumar dan Ketua Pegawai Pemasaran TM, Rozalila Abdul Rahman.

PETALING JAYA: Program Sejuta Impian yang akan memenuhi impian rakyat Malaysia bakal menemui penonton pada Mei ini di TV3.

Program yang mendapat kerjasama dari Telekom Malaysia (TM) dan Dana Belia 1 Malaysia ini menawarkan insentif bernilai RM1 juta bagi merealisasikan setiap impian peserta.

Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata projek ini merupakan salah satu cara menyambut baik saranan kerajaan dalam memikul tanggungjawab sosial.

“Program ini merupakan satu platform positif yang menawarkan insentif berguna kepada belia Malaysia untuk merealisasikan impian mahupun hasrat terpendam selama ini.

“Tanpa mengira latar belakang dan status individu, asalkan impian mahupun hasrat yang disarankan berkait rapat dengan pembangunan dan mampu membawa perubahan besar dan kesan kepada masyarakat,” katanya.

Tambahnya, program ini mampu menimbulkan kesedaran dan muhasabah diri sesama insan melalui mesej dan elemen kemasyarakatan yang disampaikan dalam program Sejuta Impian.

Rancangan ini bakal ditayangkan di TV3 sebanyak 20 episod dan bersiaran selama setengah jam bermula 15 Mei ini pada pukul 7.30 malam.

Setiap episod akan dibahagikan kepada tiga segmen utama iaitu sesi perkenalan peserta dan panel juri, sesi penerangan dan manfaat impian dan keputusan panel juri.

Juri terdiri daripada individu yang mewakili pelbagai aspek dalam industri tempatan termasuk selebriti tersohor, usahawan berjaya, tokoh politik, ahli akademik dan ramai lagi.

Sebagai permulaan sesi uji bakat akan diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru pada 5 dan 6 Mac dan Kuantan, Kuching dan Kota Kinabalu pada 12 dan 13 Mac.

Bagi yang berminat boleh melayari web rasmi di www.tv3.com.my/sejutaimpian.

Artikel Sebelum

Artikel Lain