suria

Pikap Trekker Menanti Juara Pilih Kasih

Rosyam Nor (berdiri tengah) bersama peserta akhir Pilih Kasih 2
Rosyam Nor (berdiri tengah) bersama peserta akhir Pilih Kasih 2
Rosyam Nor (berdiri tengah) bersama peserta akhir Pilih Kasih 2

KUALA LUMPUR: Setelah 10 minggu mencari bakat-bakat baru dalam lakonan, akhirnya Pentas Pilih Kasih musim kedua (PK2) bakal sampai ke kemuncaknya.

Tujuh artis PK2 akan bersaing untuk merebut gelaran juara pada 20 Februari ini di Auditorium Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban, Negeri Sembilan.

Mereka adalah Jay Iswazir, 29, Yuzwan Yunus, 24, Ku Hariz, 26, Livonia, 20, Mira Amnas, 20, Nur Jannah, 24, dan Lia Natalia, 19.

Menariknya, juara PK2 bakal membawa pulang hadiah berupa sebuah kenderaan pikap jenis Trekker berharga RM55,000, wang tunai RM10,000, pakej penjagaan kereta Shine Shine bernilai RM2,399 berserta keahlian lima tahun untuk barangan kosmetik dan spa Mestika Ratu berjumlah RM7,000.

Hadiah lain untuk juara termasuklah baucar penginapan tiga hari dua malam untuk dua orang di Holiday Villa Hotel & Residence Doha, Qatar, gelang tangan magnetik dan beg bagasi kulit Edymium dan trofi.

Sementara naib juara akan membawa pulang set barang kemas U Diamond Berharga RM15,000, motosikal Demak Evo Z, wang tunai RM7,000, pakej penjagaan kereta (RM1,399) dan keahlian tiga tahun, barangan kosmetik dan spa RM5,000, baucar penginapan di Holiday Villa Tuan Chau Island, Halong Bay, Vietnam, gelang tangan magnetik dan trofi.

Tempat ketiga bakal menerima sebuah motosikal Demak EX90, wang tunai RM3,000, pakej penjagaan kereta RM899 berserta keahlian dua tahun, televisyen Plasma 42 inci, barangan kosmetik dan spa RM3,000, baucar penginapan di Holiday Villa Sanur, Bali, gelang tangan magnetik dan trofi.

Sementara tempat keempat, kelima dan keenam masing-masing akan menerima barangan kemas RM5,000, barangan perabot dan pakej penjagaan kereta, baucar penginapan Holiday Villa, barangan kosmetik dan spa serta trofi.

Buat pertama kalinya, Telekom Malaysia Berhad (TM) selaku penaja utama turut memperkenalkan Anugerah Khas TM yang diberi nama Pelakon Terbaik TM.

Pemenang anugerah ini akan membawa pulang wang tunai RM3,000, baucar penginapan dua hari satu malam Holiday Villa, tiket menonton perlawanan Manchester United di Stadium Old Trafford, Manchester, England dan trofi.

Pentas Pilih Kasih bakal menyaksikan tujuh finalis menyampaikan monolog secara bersendirian berkonsepkan kabaret 50-an, drama dan teater bertemakan kehidupan remaja di kolej.

Masih mengekalkan konsep yang sama seperti musim lalu, pemarkahan dibahagikan 50 peratus daripada juri iaitu Rosyam Nor, Fauziah Nawi dan Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah manakala 50 peratus lagi daripada undian penonton menerusi kiriman pesanan ringkas (SMS).

Artikel Lain