suria

Shah Rukh Khan Jalani Penggambaran 'Don 2' Di Malaysia

Shah Rukh Khan dan Priyanka Copra ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, Ahad.
Shah Rukh Khan dan Priyanka Copra ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, Ahad.
Shah Rukh Khan dan Priyanka Copra ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, Ahad.

KUALA LUMPUR: Raja Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) berkunjung ke Malaysia untuk menjalani penggambaran sekuel filem Bollywood popular 2006, Don.

Beliau yang tiba dari Mumbai, Ahad, telah melakonkan beberapa babak selama 58 jam di sana sebelum meneruskan proses penggambaran itu di Melaka.

Kedatangannya turut ditemani oleh pelakon Priyanka Chopra dan 60 orang kru filem tersebut yang akan terlibat dalam penggambaran filem aksi ngeri, Don 2.

Bintang Bollywood itu, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada pukul 7.25 pagi telah menjadi perhatian ramai sehingga mereka terpaksa bergegas ke arah kereta yang membawa mereka ke destinasi seterusnya.

Walaupun dihambat dengan jadual yang padat, pasangan pelakon itu tidak mengecewakan peminat untuk merakamkan gambar bersama-sama.

Don 2 akan menyambung kisah tentang Don yang dilakonkan oleh SRK, seorang pegawai penyiasat yang menyamar sebagai ketua kumpulan penyeludupan dadah antarabangsa. Sementara Priyanka melakonkan watak kekasihnya, Roma.

Sekuel ini akan mempromosikan Malaysia seperti mana yang telah dilakukan oleh filem tersebut sebelum ini.

Selain itu, filem tersebut turut dilakonkan oleh pelakon tempatan, Ady Putra yang sebelum ini pernah muncul dalam filem Haq, Anak Halal dan Histeria dan akan terlibat dalam penggambaran dengan SRK di Sungai Udang.

Rakan baik SRK sejak 16 tahun lalu, Datuk Lorna Enan Muloon berkata SRK yang memilih Melaka sebagai salah satu lokasi di Malaysia untuk penggambaran filem tersebut.

“Negeri tersebut merupakan tempat istimewa di hatinya,” kata Lorna selepas bertemu dengan bintang Bollywood itu di KLIA.

Don 2 juga akan menjalani penggambaran di Kuala Lumpur dan Langkawi. SRK dijangka akan menghabiskan masa di negara ini selama sebulan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain