suria

Jennifer Aniston Cemburukan Nicole Kidman

WALAUPUN memiliki paras rupa yang menawan, aktres Jennifer Aniston masih lagi tidak berpuas hati dengan tubuh badannya.

Sebaliknya, bekas isteri kepada aktor Bradd Pitt itu begitu iri hati dengan tubuh badan Nicole Kidman dan sering memuji Nicole ketika berlakon bersama dalam filem terbaru mereka, Just Go With It.

"Setiap kali saya berjalan ke arah Nicole, saya akan bertanya 'bolehkah saya menyentuh perut kamu'?

"Saya rasa tubuh badannya begitu sempurna dan tampak seksi. Saya mahu memiliki perut sepertinya," kata Jennifer kepada Showbizspy.

Aktres berusia 42 tahun itu begitu kaum dengan penjagaan diri yang dilakukan oleh Nicole walaupun sudah berusia 43 tahun.

Justeru itu, Jennifer mula merancang untuk bersenam untuk mendapatkan tubuh badan yang menarik.

Selain Jennifer dan Nicole, Adam Sandler turut berlakon dalam filem arahan Dennis Dugan tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain