suria

Selepas Galaksi, Irma Ingin Terus Mengacara

PETALING JAYA: Pelakon Irma Hasmie (gambar)memberitahu akan terus mengembangkan bakatnya dalam bidang pengacaraan selepas tamat kontrak mengendalikan program hiburan Galaksi.

Irma berkata, biarpun masih hijau dalam bidang tersebut, dia percaya bakatnya masih boleh diperkembangkan lagi jika diberi peluang.

“Saya anggap bidang ini sebagai rezeki, jika ada tawaran untuk mengacara bermakna ada rezeki saya untuk terus mengacara.

“Saya tidak mengacarakan Galaksi kerana kontrak sudah tamat dan hanya disambung selama sebulan bagi memberi ruang untuk produksi membuat persiapan lengkap.

“Saya faham mereka mahu tukar konsep yang baru dan memerlukan muka baru untuk program ini. Namun bukan kerana saya ada masalah tertentu, jadi tiada masalah untuk meneruskan dan mengembangkan bakat saya bidang ini,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Irma, dia berterima kasih kepada program tersebut kerana memberi peluang kepadanya mengendalikan program tersebut selama setahun.

Semenatra itu, jelas Irma, buat masa ini dia hanya menumpukan perhatian sepenuhnya dalam bidang lakonan.

“Sekarang jadual lakonan saya sudah penuh sehingga bulan April untuk tiga buah telefilem berjudul Alin ke Elin, Maya Helena dan Pengorbanan Terakhir.

“Manakala sebuah tawaran filem terpaksa ditolak kerana bercanggah dengan jadual yang sedah ada. Tentang pengacaraan, jika ada tawaran yang bersesuaian dengan saya dan jadual Insya-Allah saya pertimbangkan,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain