suria

Kristen Calon Terdekat Heroin 'Superman'

AKTOR Henry Cavill disahkan akan berlakon watak Superman dalam The Man of Steel.

Menurut Aceshowbiz, Rabu, bintang Twilight, Kristen Stewart (gambar) dan Jessica Biel dipercayai akan bersaing melakonkan watak Lois Lane.

Selain Kristen dan Jessica, beberapa aktres lain juga akan berpeluang untuk memegang watak itu. Antaranya, pelakon Sherlock Holmes, Rachel McAdams, Dianna Agron dan Malin Akerman.

Sehingga sekarang, Warner Bros. Pictures belum dapat mengesahkan siapakah pelakon yang akan melakonkan sebagai Lois Lane. Namun, Kristen disebut-sebut sebagai calon terdekat.

Mengikut perancangan, The Man of Steel akan memulakan penggambaran pada Jun ini di Vancouver, Kanada.

Filem yang diterbitkan oleh Christopher Nolan itu dijadualkan ditayangkan pada Disember 2012.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain