suria

Eva Longoria & Tony Parker Sah Bercerai

Eva Longoria (kiri) bersama suaminta Tony Parker.
Eva Longoria (kiri) bersama suaminta Tony Parker.
Eva Longoria (kiri) bersama suaminta Tony Parker.

LOS ANGELES: Pelakon siri Desperate Housewives, Eva Longoria dan suaminya yang merupakan bintang NBA dari Perancis, Tony Parker telah menyelesaikan penceraian mereka, kata seorang jurucakap pada Isnin.

Perkahwinan tersebut secara rasminya berakhir Jumaat lalu di sebuah mahkamah di Texas.

Perkara terbabit diberitahu kepada majalah People, selepas laman sesawang hiburan TMZ melaporkan mengenai sidang mahkamah itu.

Longoria yang mengahwini Parker dalam satu majlis mewah di sebuah rumah agam Perancis pada tahun 2007 itu memfailkan penceraian pada bulan November kerana tidak lagi mempunyai persefahaman dan menyatakan bahawa Parker berlaku curang.

Parker,28, yang merupakan salah sorang pemain terkemuka National Basketball Association di Eropah dan Longoria menandatangani sebuah perjanjian pra-perkahwinan sebulan sebelum bernikah dan telah mengemaskini perjanjian tersebut dua tahun selepas itu, lapor People.

Majalah People dan TMZ melaporkan, pelakon yang berusia 35 tahun itu memutuskan untuk menceraikan Parker selepas terjumpa pertukaran teks antara Parker dengan isteri bekas rakan sepasukan Parker dari kumpulan Antonio Spurs, Brent Barry.

Pada awal perkahwinan, Longoria pernah menyampaikan hasrat untuk menjalani kehidupan bekeluarga di Amerika Syarikat.

Walaupun ada khabar angin tentang kehamilan Longoria, bekas pasangan suami isteri itu tidak mempunyai cahaya mata. AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain