suria

Makan Malam Prihatin 'Jaguar Swiss Made'

Marsha bersama jam tangan Jaguar.
Marsha bersama jam tangan Jaguar.
Marsha bersama jam tangan Jaguar.

PETALING JAYA: Pengeluar jam tangan ternama Jaguar Swiss Made telah mengadakan satu majlis makan malam sebagai usaha menjayakan acara amal Karnival Kebajikan, membantu Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Klang Selangor.

Majlis berkenaan telah berlangsung di Tropicana Golf Club, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain daripada jam tangan , tumpuan juga diberikan kepada dua pelakon seni mempertahankan diri iaitu Dennis To dan Rose Chan yang merupakan jurucakap jenama Jaguar Swiss Made.

Pelakon terbabit telah memukau jemputan dengan mempersembahkan beberapa lakonan aksi seni mempertahankan diri seperti Yongchun dan Wingchun. Dengan persembahan yang dilakukan, mereka telah menyampaikan konsep produk jenama itu yang menonjolkan seni dan ketahanan.

Jenama jam tangan mewah itu juga telah berkolaborasi dengan pereka batik terkenal tanah air, Von Jolly dengan menampilkan beberapa hasil seni batik yang menarik.

Antara jemputan pada acara makan malam amal yang diadakan di Tropicana Golf Club itu adalah William San , Yeo Yann Yann, Athena Beh, Dave , Sabhi Saddi, Marsha Londoh dan Leslie Chai.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain