suria

Ayu Raudhah & Zaquan Dirai Sempena 'Festival Pengantin Malaysia'

Ayu dan Zaquan akan dirai dalam sebuah majlis sempena Festival Pengantin Malaysia pada 26 Januari ini di Seri Kembangan. - Foto ASRI ABDUL GHANI
Ayu dan Zaquan akan dirai dalam sebuah majlis sempena Festival Pengantin Malaysia pada 26 Januari ini di Seri Kembangan. - Foto ASRI ABDUL GHANI
Ayu dan Zaquan akan dirai dalam sebuah majlis sempena Festival Pengantin Malaysia pada 26 Januari ini di Seri Kembangan. - Foto ASRI ABDUL GHANI

PETALING JAYA: Pasangan suami isteri Ayu Raudhah dan pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha akan diraikan sempena Festival Pengantin Malaysia 2011 pada Rabu ini di Beach Hut Mines Wellness Hotel, Mines Resort City, Seri Kembangan, Kuala Lumpur.

Majlis bertemakan “Ocean, Blue, Mediterranean - Hangatnya Cinta” anjuran Dirich Vision Sdn Bhd itu juga diadakan seiring dengan majlis pra pelancaran dan sidang media Festival Pengantin Malaysia yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Mac tahun ini di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.

Pasangan ini bernikah pada 21 Januari lalu di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Festival tersebut dianjurkan buat kali ketiga selepas kejayaan yang cemerlang di Karnival Pengantin Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada November 2010 dan Karnival Pengantin di Stadium Melawati Shah Alam pada Disember 2010.

Kali ini, pihak penganjur menjanjikan karnival yang terbesar dan terhebat seumpamanya dengan pelbagai acara dan aktiviti menarik serta lebih eksklusif.

MIECC dipilih kerana festival kali ini mendapat penyertaan lebih 200 syarikat yang terlibat dalam industri perkhidmatan andaman pengantin, perancang perkahwinan, fotografi dan videografi, percetakan kad jemputan, cenderahati perkahwinan, perhiasan dan aksesori, penyediaan lokasi majlis, ejen pelancongan, pusat kecantikan serta perkhidmatan penyediaan penyajian (katering).

Penganjuran kali ini menyasarkan lebih 30,000 pengunjung berdasarkan sambutan Di luar jangkaan pada penganjuran yang lepas.

Selain Dirich Vision sebagai penganjur, penganjuran kali ini dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategi penganjuran antaranya Mines Wellness Hotel dan Majalah Stailista agar festival kali ini lebih eksklusif dan berprestij.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain