suria

Kereta Langgar Pokok, Anak Julie Dahlan Cedera Ringan

Pasangan Hani dan Hamzah baru sahaja melangsungkan pertunangan pada 1 Januari lalu - Foto UTUSAN
Pasangan Hani dan Hamzah baru sahaja melangsungkan pertunangan pada 1 Januari lalu - Foto UTUSAN
Pasangan Hani dan Hamzah baru sahaja melangsungkan pertunangan pada 1 Januari lalu - Foto UTUSAN

PETALING JAYA: Hani Nur Zara Harmi,29, ataupun lebih dikenali sebagai Hanny cedera ringan selepas kereta yang dipandunya terlanggar pokok dalam kejadian di Bukit Antarabangsa, Ampang di sini kira-kira pukul 4.30 pagi Isnin.

Ibunya pelakon Julie Dahlan berkata, semasa kejadian Hanny baru selesai menjalani penggambaran drama Roda-Roda KL dan mahu pulang ke rumah seorang abangnya di Bukit Antarabangsa.

Katanya, semasa tiba di taman perumahan itu, Hanny telah terlelap kerana terlalu penat menyebabkan kereta jenis Kia yang dipandunya terbabas lalu melanggar pokok.

“Kerana agak letih, dia sudah tertidur lalu kereta dia melanggar pokok. Nasib baik dia tidak cedera parah,” katanya.

Kejadian itu menyebabkan Hanny terpaksa menerima beberapa jahitan di bahagian muka dan bibir selepas di hantar mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Ampang Puteri dekat sini.

Julie memberitahu, Hanny dijangka keluar dari hospital kira-kira pukul 12.30 tengah hari, Isnin.

Pelakon veteran itu juga turut menolak desas desus kalangan artis yang mendakwa anaknya itu cedera parah dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Ia termasuk entri menerusi Facebook Abby Abadi yang memetik maklumat daripada sumber tidak sahih mengatakan Hanny cedera parah dan berada di ICU.

Kata Julie, berita itu tidak benar sebaliknya anaknya sudah dibenarkan keluar hospital pada hari yang sama (Isnin).

Pada 1 Januari lalu, Hanny telah mengikat tali pertunangan dengan jurukamera bebas, Hamzah Talib,35, yang diadakan di Holiday Villa, Kuala Lumpur.

Dalam majlis itu pihak lelaki bersetuju untuk memberikan wang hantaran sebanyak RM23,000 serta mas kahwin RM1,000 pada majlis pernikahan yang akan ditetapkan pada Julai atau Disember depan.

Artikel Sebelum

Nia Ramadhani Hamil Anak Sulung

Artikel Berikut

Aktif 5 Terap Unsur Humor

Artikel Lain