suria

Keira Bersedia Jadi Isteri Robert Pattinson

SELEPAS Marion Cotillard menarik diri untuk berlakon dalam filem Cosmopolis, wataknya bakal digantikan oleh pelakon jelita Keira Knightley (gambar).

Keira bakal melakonkan watak isteri kepada seorang jutawan muda yang dilakonkan oleh pelakon popular Robert Pattinson.

Filem ini akan diarahkan oleh pengarah filem Eastern Promises, Davis Croenberg.

Dua watak utama ini pada awalnya ditawarkan kepada Colin Farel dan Marion Cotillard namun Colin lebih awal menarik diri dan digantikan kepada aktor kacak Robert Pattinson.

Menurut berita yang dipetik dari Spalsh News, Marion menolak tawaran tersebut kerana lebih berminat berlakon dalam filem lain.

Manakala Collin juga memilih untuk berlakon dalam filem Total Recall.

Penggambaran filem tersebut bakal dijalankan di New York dan Toronto pada Mei depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain