suria

Jennnifer Lopez Tertekan Singkir Peserta AI 2011

PROGRAM realiti popular, American Idol 2011 telah pun berlangsung namun kali ini tanpa juri yang sememangnya sinonim dengan program tersebut iaitu Simon Cowell.

Program yang masuk musim ke-10 itu disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Fox dengan barisan juri-juri baru bermula

Biarpun tanpa Cowell, Kara DioGuardi serta Ellen DeGeneres, acara tersebut tetap meriah dengan semangat juri baru seperti Jennifer Lopez dan vokalis kumpulan Aerosmith, Steven Tyler dan juri lama, Randy Jackson.

Penyanyi yang dikenali sebagai J-Lo juga dikatakan tertekan untuk membuat pilihan peserta yang layak ke peringkat seterusnya.

“Aku benci untuk melakukan perkara ini, kenapa aku perlu jadi juri?” ujarnya.

Justeru bagi tidak mahu menambah kesedihan peserta, J-Lo sempat memberi pelukan kepada peserta wanita yang tersingkir di pusingan awal ini.

Uji bakat program tersebut telah menemui penonton bermula Khamis menerusi saluran Star World.

Artikel Berikut

Artikel Lain