suria

Luna Maya Muncul Di Stesen TV Timbul Tanda Tanya

JAKARTA: Model dan pelakon Luna Maya (gambar) yang dikaitkan terlibat berkasi lucah dengan vokalis Peterpan, Ariel, muncul di stesen televisyen RCTI di sini, Rabu.

Luna yang sebelum ini pernah menjadi pengacara rancangan hiburan Dahsyat terbitan stesen televisyen itu terpaksa menerima habuan apabila kontraknya di stesen televisyen berkenaan di tamatkan berikutan penyebaran cekera padat video (VCD) lucah tersebut.

Penerbit Dahsyat, Oke Jahja bagaimanapun menegaskan kunjungan Luna hanyalah sebagai tetamu undangan.

“Dia hanya sebagai tetamu. Dia juga penyanyi,” kata Oke kepada portal Inilah.com selepas tamat program berkenaan di studio RCTI, Kebon Jerok, di sini.

Kata Oke, disebabkan Luna baru muncul dengan single terbarunya berjudul Tak Bisa Bersamamu, tidak salah untuk pihaknya menjemput dia hadir ke studio.

Ketika ditanya apakah Luna akan diambil menjadi pengacara Dahsyat, Oke berkata, perkara itu tidak pernah pun dibincangkan.

“Kami mengundang dia ke studio atas kapasitinya sebagai artis. Soal dia mahu diambil menjadi pengacara, perkara itu perlu pertimbangan,” katanya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Awie Mahu Terbit Filem Silat

Artikel Lain