Filem Crayon Layak Ke Anugerah Akademi Oscar Ke-83 - Hiburan | mStar

Filem Crayon Layak Ke Anugerah Akademi Oscar Ke-83

Hon Kahoe merupakan salah seorang teraju utama Crayon.
Hon Kahoe merupakan salah seorang teraju utama Crayon.

PETALING JAYA: Penerbit filem Linda Ziegler dan Dean A Burhanuddin melahirkan rasa teruja dan terharu apabila filem Crayon layak dipertandingkan dalam Anugerah Akademi Oscar ke-83.

Filem ini diterajui oleh pelakon Adibah Nor, Hon Kahor dan Faisal Abdullah.

Anugerah berprestij Hollywood itu akan berlangsung pada 27 Februari ini di Kodak Theatre, Los Angeles.

Setakat ini, filem tersebut tersenarai antara 248 filem dan merupakan filem Malaysia pertama yang layak bertanding di anugerah tersebut. Keputusan penuh tentang pencalonan akan diumumkan pada 25 Januari ini.

Biarpun begitu, Linda berharap agar filem tersebut diberi peluang untuk tercalon dalam mana-mana kategori yang dipertandingkan.

“Saya dan Dean sangat bersyukur dan berasa teruja kerana filem ini layak tersenarai di Anugerah Akademi Oscar untuk semua kategori. Sekarang, kami sedang menunggu pengumuman selepas proses undian dilakukan. Bayangkan, Crayon bersaing dengan banyak filem hebat Hollywood seperti Inception, Toy Story 3 dan Black Swan.

“Apabila melihat nama Crayon tersenarai, saya rasa tak sangka kerana dapat melakuka jejak langkah yang besar,” ujarnya kepada mStar Online.

Tambahnya: “Bayangkan, juri-juri Oscar daripada pelbagai profesion termasuk aktres Angelina Jolie perlu menonton filem ini untuk membuat penilaian. Jadi, saya rasa sangat terharu apabila ramai bintang filem, pengarah dan penerbit filem terhebat di Hollywood mengadili filem ini.

“Sebagai penerbit, saya rasa cukup memadai Crayon tercalon dalam Oscar tetapi kalau menerima anugerah tidak kisah yang kecil pun kami terima.”

Pada 4 November lalu, filem ini turut ditayangkan di pawagam di Los Angeles.

Linda bersyukur dengan maklum balas yang baik daripada penonton di sana walaupun tidak mendapat promosi yang meluas kerana masalah kewangan. “Alhamdulillah, ada juga orang yang faham misi kami. Ada juga penonton yang memberikan ulasan tentang filem ini. Walaupun bahasa yang digunakan bercampur antara bahasa Malaysia dan Inggeris, tetapi di hujung cerita mereka faham mesej yang ingin disampaikan.

“Tidak kurang ada juga penonton yang menangis. Kiranya filem ini merupakan cerita universal untuk semua jenis masyarakat. Saya rasa sangat terharu dengan maklum balas mereka.

“Insya Allah jika ada rezeki, kami mahu menghasilkan trilogi Crayon iaitu selain cerita tentang anak yatim, ia juga melibatkan kisah warga emas dan orang kurang upaya,” katanya.

Menurut Linda, mereka masih lagi mengumpul sumbangan hasil kutipan filem Crayon untuk diserahkan kepada Rumah Kasih Harmoni.

Artikel Sebelum

Baim Wong Serik Gara-gara Lupa Diri

Artikel Berikut

Impak Persembahan Secondhand Serenade

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain

Guardiola bakal tinggalkan City?