suria

'Mixology 3' Idea Terbaru DJ Fuzz

DJ Fuzz bersama album terbarunya, Mixology 3 yang kini berada di pasaran.
DJ Fuzz bersama album terbarunya, Mixology 3 yang kini berada di pasaran.
DJ Fuzz bersama album terbarunya, Mixology 3 yang kini berada di pasaran.

PETALING JAYA: Jika menerusi dua album terdahulunya, Mixology 1 dan Mixology 2, DJ Fuzz begitu sinonim dengan penghasilan adunan muzik khusus untuk para peminat hip hop sahaja.

Terbaru, anggota krew Stylustiks (bersama DJ Cza dan DJ Uno) ini kembali dengan siri ketiga album itu, Mixology 3 yang diterbitkan untuk kelompok peminat muzik yang lebih meluas.

Kata DJ Fuzz, dua album mixtape sebelum ini merupakan eksperimen dan perkongsiannya dengan peminat genre muzik itu.

Atas dasar ingin mendekati jaringan peminat yang lebih luas, anggota kumpulan DJ Fuzz menampilkan adunan muzik yang lebih mesra pendengar untuk mendekati peminat yang lebih ramai.

"Jika album Mixology 1 dan Mixology 2 diterbitkan khusus untuk peminat muzik hip hop sahaja, saya tampilkan kelainan kali ini dengan adunan muzik yang mesra pendengar dan komersial.

"Mixology 3 boleh saya anggap sebagai sebuah album untuk semua. Kandungan dan susunan muziknya yang menggabungkan pelbagai genre ini boleh didengar oleh sesiapa saja yang meminati muzik," katanya.

Tampil dengan elemen lebih komersial, DJ Fuzz turut bergandingan dengan penyanyi-penyanyi popular tanah air termasuk Aizat, Noh (Hujan), Mizz Nina dan Altimet dalam album kali ini.

Album yang memuatkan 23 lagu ini telah berada di pasaran sejak dua minggu lalu edaran Warner Music Malaysia.

Artikel Sebelum

Seramai 4.2 Juta Tonton AJL25

Artikel Berikut

Artikel Lain