suria

'Little Fockers' Mengungguli Kutipan Box Office Tahun Baru

LOS ANGELES: Filem komedi yang mendapat paling banyak kritikan pada penghujung tahun lalu, "Little Fockers" iaitu siri ketiga dalam trilogi “Meet The Parents” lakonan dan kerjasama Robert De Niro-Ben Stiller, mengungguli kutipan box office Amerika Utara untuk minggu kedua berturut-turut.

Filem berkenaan yang mengisahkan bagaimana dua keluarga mertua terpaksa menerima kehadiran menantu mereka dalam situasai dan budaya yang berlainan telah berjaya mengutip AS$26.3 juta sepanjang tempoh tiga hari minggu pertama tahun baru dengan hasil jualan tiket melebihi 100 juta unit hanya dalam tempoh 12 hari selepas ia ditayangkan.

Di tempat kedua ialah filem gabungan dua bersaudara yang juga pemenang anugerah Oscar - Joel dan Ethan Coen yang mengarahkan filem koboi "True Grit" yang suatu ketika dahulu dipopularkan oleh John Wayne.

Bintang Tron - Jeff Bridges yang melakonkan watak pegawai marshal yang pemabuk tetapi tegas dalam filem "Rooster" menduduki tempat ketiga dari segi kutipan dengan jumlah AS$24.5 juta.

Dan filem “TRON: Legacy" pula berjaya mengutip AS$18.3 juta dalam minggu ketiga tayangannya.

Filem animasi 3-D "Yogi Bear" menduduki tangga keempat selepas jatuh ke tangga kelima minggu lepas dengan kutipan AS$13 juta.

Ini diikuti oleh filem "The Voyage of the Dawn Treader," iaitu siri ketiga "Chronicles of Narnia" yang berjaya mengutip jualan tiket berjumlah AS$10.5 juta.

Manakala filem Puteri Rapunzel "Tangled," menduduki tangga keenam dengan kutipan melebihi AS$10 juta dengan kutipan keseluruhannya berjumlah AS$168 juta selepas enam minggu berada di pawagam.

Di tempat ketujuh pula ialah filem drama Mark Wahlberg "The Fighter" yang berjaya mengutip AS$10 juta.

Dan filem komedi 3D Jack Black "Gulliver's Travels" iaitu sebuah filem berasaskan novel popular Jonathan Swift yang ditulis pada tahun 1726 hanya mampu berada di tangga kelapan dengan kutipan AS$9.1 juta.

Filem yang paling banyak diperkatakan pengkritik, "Black Swan," yang dibintangi bintang Star War, Natalie Portman sebagai penari ballet menduduki tangga kesembilan dengan kutipan AS$8.5 juta.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain