Imam Muda Taufek Dakwah Melalui Pengacaraan - Hiburan | mStar

Imam Muda Taufek Dakwah Melalui Pengacaraan

KUALA LUMPUR: Finalis program Imam Muda, Mohd Taufek Mohd Noh, 27 (gambar) mengakui semakin meminati bidang pengacaraan selepas mengendalikan dua buah program keagamaan iaitu, Musafir dan Famili Sarjana.

Menurut Taufek, bidang tersebut juga boleh menjadi salah satu medium untuk menyebarkan dakwah Islam.

“Saya suka bidang ini dan sedang merancang untuk pergi lebih jauh lagi jika diberi peluang. Dalam masa terdekat ini juga saya akan memasuki kelas pengacaraan.

“Pada saya berdakwah bukan sahaja melalui ceramah-ceramah bebas tetapi juga melalui medium ini. Malah ia lebih meluas kepada semua golongan,” ujarnya.

Taufek yang juga seorang pensyarah di sebuah institut pengajian tinggi tempatan mengakui sedang mencari peluang untuk menjadikan bidang ini sebagai kerjaya barunya.

“Jika ada rezeki dalam bidang ini dan banyak tawaran yang datang saya mungkin akan terus fokus dan terpaksa meninggalkan kerjaya saya sebagia pensyarah.

“Buat masa ini saya mengambil cuti selama dua bulan dan sedang dalam perancangan untuk berpindah ke Kuala Lumpur bagi memudahkan urusan kerja saya di sini,” ujarnya yang menetap di Kota Tinggi, Johor.

Bercerita kali pertama menjadi pengacara program kuiz Famili Sarjana, dia mengakui banyak melakukan perbincangan bersama pasangan pengacaraannya Rini sebelum rakaman dilakukan.

“Kami masing-masing masih baru, jadi sebelum memulakan rakaman kami akan berbincang dan buat latihan terlebih dahulu.

“Rini seorang yang ceria jadi dia boleh bawa suasana ceria dalam program ini. Mudah untuk membina keserasian antara kami dan mengendalikan rancangan ini dengan baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, kata Taufek program berbentuk kuiz keagamaan itu membolehkannya berkongsi ilmu agama dengan peserta dan penonton secara lebih santai dan dengan pendekatan yang lebih mudah diterima.

Program terbitan Astro Oasis, Famili Sarjana akan bermula pada 1 Januari pukul 7.30 malam.

Artikel Sebelum

Antara Garisan, Muallaf Ungguli ASK2010

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini