suria

Studio Muallaf & Friends Berhibur Sambil Berdakwah

Kumpulan Studio Muallaf & Friends di majlis pelancaran TV Al-Hijrah. Dari kiri: Divesh Kumar Danial Kalulal, Muadz Dzulkefly, Ahnaf Jamal, Leia az-zahra Justin Abdullah, Hafeizi, Muhammad Zaid Tandang dan Alex Koh Kee Kiat. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
Kumpulan Studio Muallaf & Friends di majlis pelancaran TV Al-Hijrah. Dari kiri: Divesh Kumar Danial Kalulal, Muadz Dzulkefly, Ahnaf Jamal, Leia az-zahra Justin Abdullah, Hafeizi, Muhammad Zaid Tandang dan Alex Koh Kee Kiat. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
Kumpulan Studio Muallaf & Friends di majlis pelancaran TV Al-Hijrah. Dari kiri: Divesh Kumar Danial Kalulal, Muadz Dzulkefly, Ahnaf Jamal, Leia az-zahra Justin Abdullah, Hafeizi, Muhammad Zaid Tandang dan Alex Koh Kee Kiat. - Foto oleh SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Bukan sekadar nyanyian, Studio Muallaf & Friends turut memfokuskan tentang program televisyen, ceramah, seni al-Quran, buku yang berkaitan dakwah.

Namun, kumpulan yang terdiri daripada Muhammad Zaid Tandang, Leia az-zahra Justin Abdullah, Ahnaf Jamal, Hafeizi, Alex Koh Kee Kiat, Divesh Kumar Danial Kalulal, Muadz Dzulkefly dan Sarah Bani Yamin (pemain biola) bukanlah calang-calang kumpulan sebaliknya tampil dengan keunikan tersendiri.

Tampil dengan pelbagai rupa, kumpulan yang ditubuhkan sejak lebih sebulan lalu ini telah menghasilkan lagu berasaskan hadis berjudul Hijrah yang menampilkan tujuh bahasa iaitu Arab, Melayu, Inggeris, Kadazan, Iban, Mandarin dan Hindi.

Kepelbagaian bahasa ini bukan sahaja menunjukkan kepelbagaian keturunan di kalangan mereka, malah mampu menunjukkan kepada semua bahawa perbezaan antara satu sama lain tidak menghalang mereka untuk bersatu.

“Kami mahukan Islam disampaikan kepada golongan muslim dan bukan muslim secara kreatif dan inovatif, bukan secara konvensional.

“Kami cuba untuk menggunakan pendekatan yang berlainan daripada yang sedia ada dan cara pemikiran yang di luar kotak.

“Kami berharap muallaf yang menyertai kami tidak hampa dengan kehidupan dan mereka yang hidup susah boleh menjadikan Studio Muallaf & Friends sebagai platform untuk membina kehidupan baru mereka,” kata Alex, 37, selaku ketua kumpulan itu.

Dia yang memeluk Islam sejak tahun 2000 berkata kumpulan tersebut ditubuhkan selepas Alex berkenalan dengan Xifu Nasir, pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia.

Dari situ, tercetusnya idea untuk menubuhkan kumpulan Studio Muallaf & Friends kerana pensyarah itu mengenali ramai muallaf dan memberikan platform untuk golongan muallaf mencungkil bakat mereka.

Untuk perancangan masa depan, Studio Muallaf & Friends akan menghasilkan album sendiri dan beberapa program televisyen di TV AlHijrah.

Biarpun sibuk dengan kerja masing-masing, ahli kumpulan ini masih menggunakan peluang yang ada untuk sama-sama menghasilkan produk yang menjana pemikiran ke arah Islam.

“Kami dalam perjalanan mencari kebenaran dan hidayah Allah. Jadi, kami mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertai kami.

“Objektif kami menubuhkan kumpulan ini bagi menunjuk kepada semua bahawa orang Islam boleh bersatu memperjuangkan agama Islam tanpa mengira warna kulit dan bangsa.

“Selain itu, untuk membina persepsi bahawa agama Islam ini untuk sesiapa sahaja dan untuk menarik orang bukan Islam agar mereka lebih terbuka dengan Islam,” kata Alex lagi mengenai kumpulan yang tidak terdiri oleh semua golongan muallaf sebaliknya turut menarik golongan bukan muallaf.

Tambah Alex, kebanyakan ahli kumpulan ini mempunyai pengalaman dalam bidang seni iaitu Leia pernah menghasilkan album dengan Hijjaz Record, Ahnaf merupakan ahli kumpulan Algebra, Hafeizi (bekas X-Factor), Muadz menyanyi secara solo manakala Divesh sebagai wartawan penyiaran di TV AlHijrah.

Artikel Sebelum

Wani Juara Kamilah Bintang

Artikel Berikut

Artikel Lain