suria

Ricky Martin Suka Lelaki Bijak

Ricky Martin
Ricky Martin
Ricky Martin

MELBOURNE: Penyanyi yang mengakui dirinya seorang homoseksual secara terbuka iaitu Ricky Martin berkata dia tertarik kepada lelaki yang berkeyakinan tinggi dan berfikiran terbuka tetapi tidak sombong.

Bang showbiz melaporkan penyanyi yang memiliki anak lelaki kembar, Matteo dan Valentino, dua tahun, itu bercerita tentang lelaki idamannya dalam satu temuramah bersama sebuah majalah gay di Britain iaitu Attitude.

"Saya sukakan sesuatu yang pintar dan mempunyai kekuatan minda. Dengan apa yang dimiliki sekarang, saya mengimpikan seorang lelaki yang berkeyakinan tinggi.

"Saya mahukan lelaki yang yakin terhadap dirinya, bijak dan mempunyai karier yang kukuh tetapi tidak bongkak dan sombong.

"Lelaki itu juga perlu berfikiran terbuka dan ciri-ciri tersebut mampu memikat hati saya," katanya yang dipetik akhbar Daily Telegraph.

Artikel Sebelum

Tina Talisa Bijak Tepis Gosip

Artikel Berikut

Artikel Lain