suria

'Kamilah Bintang' Tak Perlu SMS Penonton

Peserta-peserta Kamilah Bintang bersama dua pengacara Zoey dan Farah AF5 berjaya menghiburkan penonton di Jusco AU2. Foto The Star oleh LOW LAY PHON
Peserta-peserta Kamilah Bintang bersama dua pengacara Zoey dan Farah AF5 berjaya menghiburkan penonton di Jusco AU2. Foto The Star oleh LOW LAY PHON
Peserta-peserta Kamilah Bintang bersama dua pengacara Zoey dan Farah AF5 berjaya menghiburkan penonton di Jusco AU2. Foto The Star oleh LOW LAY PHON

KUALA LUMPUR: Pihak saluran Astro Ceria menegaskan program pertandingan nyanyian kanak-kanak, Kamilah Bintang (KM) tidak akan mengubah sistem penjurian menggunakan juri profesional tetap kepada sistem penjurian khidmat pesanan ringkas (SMS) pada musim kedua yang akan diadakan tahun depan.

Menurut Pengurus saluran itu, Evon Koh, pihaknya enggan mengaut keuntungan melalui program itu walaupun rating penonton semakin memberangsangkan.

"Saya berbangga dengan program ini kerana walaupun ia merupakan program pertama bagui saluran kami, ia mampu bersaing dengan program pertandingan nyanyian kanak-kanak yang ada pada stesen televisyen yang lain.

"Malah rating penonton KM meningkat sebanyak 50 peratus setiap minggu bersiaran dan ini menunjukkan peningkatan yang bagus.

"Bagaimanapun pihak kami tidak akan mengubah sistem penjurian SMS pada tahun depan kerana ia akan menyusahkan para ibu bapa yang terpaksa mengeluarkan wang untuk anak-anak mereka berSMS.

"Tambah pula, siaran kami bukanlah tempat untuk mengaut keuntungan sesuka hati," katanya selepas persembahan showcase Kamilah Bintang di pusat beli-belah Jusco AU2, Setiawangsa, Ahad.

Sementara itu, pada showcase tersebut, keenam-enam peserta iaitu Qistina, Aiman, Farhan, Faisal, Wani dan Dayang telah menghiburkan para penonton di Jusco dengan membawakan lagu-lagu yang pernah dinyanyikan pada konsert mingguan KM.

Menariknya, kesemua mereka bijak berkomunikasi dengan penonton-penonton yang hadir tanpa rasa segan silu.

Setelah melalui cabaran konsert selama empat minggu, peserta-peserta ini kini lebih yakin dengan kebolehan masing-masing dan sedang mengasah skil yang masih lemah untuk persembahan konsert kelima.

Faisal yang menjadi pemenang mingguan sebanyak dua kali (minggu pertama dan keempat) berkata, dia kini lebih yakin dengan diri sendiri apabila menyanyi di pentas konsert KM.

"Alhamdulillah, sepanjang konsert berlangsung, cikgu kata saya tidak mempunyai sebanrang masalah dengan vokal dan persembahan. Cuma saya perlu mengurangkan vibrato ketika menyanyi dan saya sedang usahakan untuk mengubahnya.

"Selain itu, walaupun dua kali berjaya menjadi pemenang mingguan, saya masih takut kerana rakan-rakan lain adalah pesaing saya yang hebat,

"Jadi saya ada masa lagi dua minggu untuk memperbaiki kelemahan yang ada," katanya yang menerima hadiah wang sejumlah RM10,000 Sabtu lalu.

Faisal turut menang pada konsert minggu pertama dengan diberi wang sebanyak RM10,000. Kesemua wang itu untuk disumbangkan kepada sekolahnya, Sekolah Menengah Gelang patah.

Dalam pada itu, Aiman merupakan peserta yang paling popular sejak menyertai KM kerana memiliki jumlah rakan lebih daripada 5000 orang di laman sosial Face.

Keenam-enam peserta bakal bersaing merebut gelaran juara dan beraksi menerusi program Kamilah Bintang pada setiap Jumaat, pukul 5.30 petang menerusi saluran 611 Astro Ceria.

Juara Kamilah Bintang akan menerima hadiah pakej percutian ke Taman Tema Gold Coast, Australia sekeluarga, komputer riba VAIO, dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas, sebuah Ipod Sudffle dan akan menghasilkan sebuah album.

Bagi naib juara pula akan membawa pulang hadiah pakej percutian ke Taman tema Hong Kong bersama keluarga, dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah Ipod Shuffle.

Manakala tempat ketiga akan membawa hadiah pakej percutian ke Pulau Sentosa Singapura sekeluarga, dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah Ipod Shuffle.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain